Skip to content

TEROWONG SMART

Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir atau lebih dikenali sebagai Terowong SMART.

SMART merupakan akronim bagi Stormwater Management and Road Tunnel. Terowong ini mula dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2007. Terowong ini merupakan terowong yang paling panjang dan paling canggih yang pernah dibina di Malaysia.

Fungsi Terowong SMART

Terowong SMART yang dibina sepanjang 9.7km yang bermula dari Kampung Berembang, Ampang hingga Taman Desa, Salak Selatan. Mungkin ramai yang tak tahu fungsi terowong SMART mempunyai dwifungsi iaitu untuk laluan trafik kenderaan dimana terowong ini menyediakan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya dari arah selatan Kuala Lumpur ke pusat bandaraya. Dan fungsi kedua saluran air jika terjadinya banjir.

4 Mod SMART

Terowong SMART beroperasi dengan 4 mod iaitu:

  1. Mod 1 berfungsi sebagai laluan trafik seperti biasa.
  2. Mod 2 jika berlaku banjir, bahagian bawah sekali terowong akan dijadikan saluran air.
  3. Mod 3 laluan trafik akan ditutup dalam masa 1 jam apabila air memasuki terowong. Sementara itu, air adalam terowong akan mengalir ke bawah.
  4. Mod 4 semasa bajir kilat, air dialirkan ke laluan trafik dan terowong akan ditutup dan laluan trafik akan dibuka semula selepas 48 jam.

Designed using Unos. Powered by WordPress.