Skip to content

POLISH DAN WAX KERETA SANGAT PENTING

POLISH dan WAX merupakan salah satu produk untuk penjagaan cat kereta. POLISH dan WAX adalah penting dalam menjaga jangka hayat cat sesebuah kereta. Kereta anda akan kelihatan cantik dan terlihat seperti baru sahaja dicat.

POLISH

Terdapat 3 jenis polish yang terdapat dipasaran:

  • Krim
  • Cecair
  • Semburan

Proses polish mestilah dilakukan sebelum melakukan proses wax kerana polish mengandungi bahan pelarut yang berfungsi untuk menghilangkan segala jenis kotoran dan kerosakkan yang ada pada body kereta seperti calar dan minyak yang tidak dapat dihilangkan dengan cucian biasa.

Polish hanya bertindak untuk membersihkan kotoran dan tidak memberikan perlindungan. Jadi anda perlu wax selepas polish untuk membuat lapisan perlindungan kepada cat kereta anda.

Sumber Foto: Kbo Car Wash Shah Alam Branch

WAX

Terdapat 2 jenis wax di pasaran :

1) cecair

2) paste

Wax digunakan untuk menambah lapisan perlindungan keatas cat kereta. Wax juga dapat meningkatkan kekilatan pada kereta dan melindungi kereta daripada calar dan memudahkan air mengalir.

Dapat menghalang sinaran UV dan menghalang warna kereta menjadi pudar.

Membantu melambatkan oxidation pada kereta.

Bahagian yg telah diwax biasanya akan bertahan untuk beberapa bulan bergantung kepada tahap penjagaan pemilik kereta.

Tetapi, wax TIDAK DAPAT BUANG CALAR seperti polish.

KESIMPULANNYA, bagi menjaga jangka hayat cat kereta, 2 proses ini iaitu POLISH dan WAX amat penting sekali. Anda disarankan melakukan POLISH 1-2 tahun bergantung pada penjagaan dan 1-2 bulan sekali untuk WAX.

Designed using Unos. Powered by WordPress.