Skip to content

Prosedur yang korang kena buat sebelum nak tukar cat kereta.

Mesti ramai yang tak tahu kan, sebenarnya kalau kita tukar warna cat kereta ada prosedur yang kita kena buat kan?

Ok, baru2 ni di Facebook Page Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia (JPJ) ada berkongsi tentang langkah yang perlu dibuat oleh pemilik sesebuah kenderaan sebelum nak tukar warna cat. 

PANDUAN TUKAR CAT/WARNA KENDERAAN.

1. Cat dahulu kenderaan.
2. Apabila siap di cat, hadir ke Pejabat JPJ.
3. Jika kenderaan diwarnakan melebihi dari 1 warna, warna yang paling banyak atau dominan di anggap warna kenderaan tersebut.
4. Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai JPJ yang bertugas.
5. Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap
6. Tiada bayaran dikenakan.

Merujuk Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan dan bukanlah saman kerana tukar warna kenderaan.

Pengemaskinian warna kenderaan di dalam sistem adalah penting supaya jika terjadi apa-apa seperti kemalangan atau sebagainya warna kenderaan yang didaftarkan boleh dijadikan rujukan.

Sumber: FB Page JPJ

Designed using Unos. Powered by WordPress.