Skip to content

Penting ke warm-up enjin kereta sebelum jalan?

Mesti korang biasa nampak orang panaskan enjin sebelum jalan kan ? Atau korang sendiri pun buat macam ni. Sejauh mana kepentingan panaskan enjin sebelum memulakan perjalan ni?

Umumnya, ada yang ambil masa beberapa minit untuk memanaskan enjin kereta mereka sebelum bergerak. Ada juga yang tunggu sampai tolok suhu enjin bergerak ke tengah antara ‘C’ dan ‘H’. Ada berpendapat, amalan memanaskan enjin seketika itu baik untuk menyesuaikan suhu enjin sebelum memandu, terutama mereka yang tinggal di kawasan iklim sejuk.

Sebenarnya, tabiat memanaskan kereta tak perlu pun dilakukan setiap hari, terutama kereta moden sekarang. Dimana kereta-kereta moden sekarang yang sudah semakin maju dan boleh menyesuaikan diri dengan suhu sekeliling walaupun di kawasan sejuk. Kebanyakan enjin kereta hari ini didatangkan dengan teknologi suntikan bahan api @ fuel injection bersama unit kawalan elektronik (ECU) yang berfungsi menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun di tempat bersuhu di bawah 0⁰C.

Kesimpulannya, korang tak perlu pun tunggu enjin panas sebelum nak mulakan perjalanan.

Designed using Unos. Powered by WordPress.