Skip to content

MyBayar Saman: NIKMATI 50% PENGURANGAN SAMAN TERPILIH

Sumber Foto: FB Page Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Bersempena dengan Sambutan Hari Polis Ke-214 semalam (25 Mac 2021), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, telah melancarkan portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman. Ia telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam majlis yang berlangsung pada tengahari semalam.

Menurut PDRM, portal dan aplikasi terbabit adalah sebagai kemudahan kepada orang ramai untuk membayar saman trafik dengan lebih cepat dan pantas. Selain itu, ia adalah bagi menyokong dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End to End.

Selain itu, MyBayar Saman juga dilancarkan selaras dengan MYDIGITAL yang merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

Sumber Foto: FB Page Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google playstore atau Apple store

Terdapat tiga langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan portal dan aplikasi MyBayar Saman iaitu:

  1. Pendaftaran
  2. Semakan
  3. Pembayaran

Langkah pertama, PENDAFTARAN. pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesapan OTP dan login masuk portal/aplikasi berkenaan.

SETERUSNYA, SEMAKAN, pengguna hendaklah menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu.

Dan akhir sekali PEMBAYARAN, pengguna boleh memilih mod bayaran dan tekan butang bayar.

Orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google playstore atau Apple store

Sumber: Paultan.org

Designed using Unos. Powered by WordPress.