Skip to content

KERETA EV BUATAN MALAYSIA DIJANGKA BERADA DI PASARAN SEAWAL TAHUN DEPAN

Sumber Foto: PAULTAN.ORG

Malaysia dijangka menyaksikan kereta eletrik (EV) keluaran tempatan dikenali sebagai MYKAR seawal tahun depan. Pengasasnya Datuk Khalidurrahman Ibrahim menetapkan sasaran menjual MYKAR pada harga serendah RM50 000 seunit. Kereta MYKAR mula dibangunkan 2019 dengan menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya. Pemanduannya dikatakan mampu cecah sejauh 300 km dalam sekali pengecasan penuh dan boleh mencapai kelajuan 100 km sejam dalam 18 saat. Setakat ini RM 5 juta dilaburkan untuk projek ini.

Kereta MYKAR ini, kita reka bentuk supaya  boleh lebih murah daripada kereta yang lain oleh kerana komponen-komponennya banyak dimudahkan.  Kereta-kereta lain boleh jadi ada 2000-3000 komponen, kereta ni ada dekat 200 komponen sahaja.

Terdahulu, beliau memetraikan perjanjian persetujuan (MOA) dengan Institut Automotif, Robotik dan IOT Malaysia (MARI) bagi proses homologasi. MOA dengan Ingres Coorperation Berhad pula, bagi pengilangan komponen kereta MYKAR. Dalam pada itu, pengeluar kereta turut dipelawa untuk menggunakan teknologi elektrik yang dibangunkannya.

Sumber: Buletin Utama TV3

Designed using Unos. Powered by WordPress.