Cara Pam Tayar Kereta dan Motor

Cara-cara Pam Tayar Kereta dan Motor yang Betul.

Nak pam tayar memang senang, tapi kalau salah caranya boleh menjadi bahaya kalau kita salah pam tayar. Terlebih pam angin pun tak boleh, terkurang pam angin apatah lagi. Pam tayar ni dia kena ngam2. Kat sini kami akan tunjuk cara yang betul supaya kita dapat elakkan perkara yang tidak diingini.

  1. Tengok keadaan tayar, kalau tayar dah tak nampak bentuk bulat seperti dalam gambar maknanya kurang angin lah tu. Jadi kita kena isi angin

2. Pergi mana-mana stesen minyak untuk kita isi angin tayar

3. Sebelum pam, untuk kereta tengok pelekat yang ada pada pintu sebelah pemandu dan untuk motor pula tengok pada tepi tayar untuk melihat tekanan angin yang disyorkan. Ini kerana jumlah tekanan angin untuk tayar bahagian depan dan belakang berbeza.

Pelekat tekanan angin di tempat pemandu
Petunjuk tekanan angin di tayar motor

4. Kemudian, pergi ke pam.

5. Set nombor pada penunjuk jarum atau penunjuk digital supaya sama dengan nombor yang ditunjuk pada pelekat tadi. ke dalam tayar kereta mengikut kPa / PSI yang ditetapkan untuk kereta.

6. Kemudian, buka penutup tayar dan letakkan kepala pam pada punat tayar.

7. Tekan kepala pam dan pastikan angin masuk tayar. Jika mesin pam berbunyi bip, lepaskan kepala pam. Ini menunjukkan jumlah angin yang diterima oleh tayar adalah sebanyak yang dinyatakan pada pelekat di pintu.

9. Lakukan langkah-langkah yang sama pada kesemua tayar. Untuk kereta JANGAN LUPA TAYAR SPARE JUGA!!!

10. Tutup penutup tayar dan letakkan kembali kepala pam ditempat asal.

Artikel ditulis oleh AzmiSanip


Facebook


Twitter


Youtube


Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *